Sistem pengurusan kandungan (Content Management System) yang sering disingkat sebagai CMS, adalah perisian yang membantu pengguna membuat, mengurus, dan mengubah suai kandungan di laman web tanpa memerlukan pengetahuan teknikal khusus. Meskipun anda tidak mempunyai pengetahuan mengenai kod membina sesebuah halaman ia tidak menjadi masalah.
Dalam bahasa yang lebih mudah, sistem pengurusan kandungan adalah alat yang membantu anda membina sebuah laman web tanpa perlu menulis semua kod dari awal semuanya telah tersedia. Daripada membina sistem anda sendiri untuk membuat halaman web, menyimpan imej, dan fungsi lain, sistem pengurusan kandungan anda boleh lebih menumpukan masa lebih banyak bahagian hadapan laman web anda.
Bagaimana Sistem Pengurusan Kandungan berfungsi?
Untuk memberi kita idea tentang bagaimana sistem pengurusan kandungan berfungsi, mari kita melihat sepintas lalu pada antara muka WordPress (WordPress adalah contoh yang baik dalam sistem pengurusan kandungan).
Kita mulakan dengan mencipta satu kandungan artikel. Tanpa sistem pengurusan kandungan, kita perlu menulis fail HTML statik dan memuat naiknya ke pelayan web tentu ia satu kerja yang rumit kerana memerlukan kemahiran dan pemahaman kod HTML, PHP dan pelbagai lagi kod ia satu proses yang lama dan rumit
Namun begitu dengan sistem pengurusan kandungan seperti WordPress, anda boleh menulis kandungan anda dalam antara muka yang kelihatan hampir sama seperti Microsoft Word:
Kelihatan lebih mudah dan cepat tanpa perlu asas kod. Hanya sekadar taip dan semuanya akan terpapar seperti yang kita ingini. Bagi pengurusan media pula ia juga agak mudah hanya perlu dimuat naik di bahagian antara muka media wordpress tanpa perlu secara langsung ke web server. Semuanya boleh di uruskan di sini.
Pada segi teknikalnya, sistem pengurusan kandungan terdiri daripada dua bahagian teras:
1-Aplikasi pengurusan kandungan (Content Management Application – CMA)
Ini adalah bahagian yang membolehkan kita untuk menambah dan menguruskan kandungan di laman web kita (seperti yang kita lihat di atas).
2-Aplikasi penghantaran kandungan (Content Delivery Application – CDA)
Ini adalah proses di belakang yang mengambil kandungan yang anda masukkan dalam CMA, menyimpannya dengan betul, dan menjadikannya kelihatan kepada pelawat web anda.
Kombinasi antara kedua-dua sistem menjadikannya mudah untuk mengekalkan laman web anda dengan baik dan teratur.
Contoh-Contoh Lain CMS
WordPress adalah salah satu contoh terbaik sistem pengurusan kandungan yang popular. Walaupun terdapat sistem pengurusan kandungan (CMS) lain yang wujud, WordPress mengekalkan lebih kurang 59% dari sistem pengurusan kandungan di laman web di masa ini. Diantara contoh-contoh lain CMS ialah:
- Joomla
- Drupal
- Magento (untuk kedai e-dagang)
- Squarespace
- Wix
- etc
Terdapat juga banyak sistem pengurusan kandungan yang kurang terkenal yang disasarkan untuk Syarikat-syarikat besar walaupun begitu kosnya sangat mahal.
Penggunaan CMS
Kebanyakan sistem pengurusan kandungan agak fleksibel pada masa kini. Walaupun terdapat beberapa CMS yang menumpukan pada penggunaan tertentu seperti Magento dan eCommerce yang menjurus kepada kedai e-dagang (E-commerce). Kebanyakan sistem pengurusan kandungan yang popular yang lain boleh digunakan untuk membuat mana-mana jenis laman web di masa kini.
Sebagai contoh:
- Blogs
- Rangkaian sosial
- Kursus dalam talian
- Portfolio
- Laman web statik
- kedai e-dagang
- etc