Skip to main content

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini mengumumkan bermula 1 April 2022, Malaysia akan mula ke fasa peralihan endemik dengan pembukaan sempadan negara, pemansuhan penjarakan fizikal untuk solat jemaah, pemansuhan had waktu operasi premis niaga dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun pelitup muka masih perlu terus dipakai.

Susulan perkembangan itu, ini lima perubahan penting yang diumumkan Ismail Sabri:

  • Had waktu beroperasi bagi premis perniagaan dimansuhkan. Ini bermakna rakyat Malaysia boleh makan di kedai makan selepas jam 12 tengah malam.
  • Aktiviti solat jemaah di masjid, surau dan upacara sembahyang di rumah ibadat bukan Islam boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal.
  • Tiada lagi had kapasiti 50 peratus bagi aktiviti perkumpulan ramai. Had kapasiti pekerja dan majlis keramaian termasuk kenduri kahwin dimansuhkan.
  • Semua individu dibenarkan merentas negeri tanpa mengira status vaksinasi mereka.
  • Sempadan negara dibuka semula pada 1 April ini. Bagi yang telah menerima vaksinasi lengkap, tiada keperluan untuk menjalani sebarang tempoh kuarantin dan hanya perlu melalui ujian pengesanan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta ujian RTK-Ag (profesional) dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
Projek Manhattan: Permulaan Era Senjata NuklearFakta

Projek Manhattan: Permulaan Era Senjata Nuklear

whozwhoz5 May, 2017
Perbezaan Asteroid dan MeteroidFakta

Perbezaan Asteroid dan Meteroid

whozwhoz18 February, 2013
Euthanasia: Persimpangan Hidup Dan MatiFakta

Euthanasia: Persimpangan Hidup Dan Mati

whozwhoz10 March, 2016

Leave a Reply