Lada yang paling pedas di Dunia ialah HP22B atau dikenali dengan nama gelarannya Carolina Reaper. Lada ini telah diakui oleh Guinness World Records sebagai lada yang paling pedas didunia sejak 2013 lagi setelah merampas gelaran tersebut yang disandang sebelumnya oleh Trinidad scorpion pepper.

Sehingga ke hari ini gelaran tersebut masih lagi tiada pencabarnya. Walaupun begitu banyak lagi jenis-jenis lada lain yang didakwa lebih pedas darinya tetapi tidak pernah dibuktikan dan diakui oleh Guinness World Records seperti Dragon’s Breath (2.48 juta SHU).

Penanamnya ialah Ed Currie yang merupakan pengasas dan presiden kepada syarikat Puckerbutt Pepper di Fort Mill . Syarikat Lada Puckerbutt yang berpusat di South Carolina telah mencipta Carolina Reaper yang mempunyai kepedasan sebanyak 2.2 Juta SHU merupakan hibrid red habanero dengan Ghost pepper antara lada-lada yang pernah menjadi lada paling pedas di dunia.

Red Habanero + Ghost Pepper = Carolina Reaper

Bagaimana Rasanya

Rasa lada ini seperti kita makan buah yang pada gigitan pertama terasa manis dan selepas beberapa minit ia bertukar menjadi sangat pedas

SHU (Scoville Heat Unit) adalah merupakan unit ukuran kepedasan sesuatu makanan . Makanan pedas diukur dengan skala Scoville yang dinamakan sempena penciptanya Wilbur Scoville pada tahun 1912.

Skala ini adalah ukuran kepekatan capsaicin sejenis kompaun kimia yang merupakan komponen yang menghasilkan sensasi rasa pedas kepada manusia. Para saintis memisahkan capsaicinoids dari lada dan menggunakan kromatografi cecair untuk mengesan jumlah sebenar sebatian. Formula ini kemudian menukar bacaan ke skala Scoville.

Euthanasia: Persimpangan Hidup Dan MatiUncategorized

Euthanasia: Persimpangan Hidup Dan Mati

whozwhoz10 March, 2016
Apa Maksud CMS Dan FungsinyaUncategorized

Apa Maksud CMS Dan Fungsinya

whozwhoz29 April, 2015
Gutenberg Galleries Variations – Stunning layouts!Uncategorized

Gutenberg Galleries Variations – Stunning layouts!

whozwhoz20 October, 2018

Join the discussion 2 Comments

Leave a Reply

Discover more from iWHOZ

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading