Skip to main content

Pada Pagi 06 ogos 1945 di atas arahan President Harry S. Truman yang ketika itu hanya beberapa bulan memegang jawatan sebagai Presiden Amerika yang ke 33 iaitu pada 12 april 1945 menggantikan Franklin D. Roosevelt yang mati akibat masalah kesihatan, menjatuhkan bom atom yang dikenali sebagai ” Little Boy” ke atas Hiroshima. Dengan menggunakan pesawat pengebom Amerika B-29 yang digelar “Enola Gay” sempena nama ibu kepada Paul Tibbets, komander pesawat tersebut.

Pesawat B-29 Superfortress telah berlepas pada hari Isnin 02:45pagi 06 ogos 1945 dari Tinian, sebuah pulau di sebelah utara kepulauan pasifik Marianas 1500 batu selatan Jepun. Pada pagi yang cerah pada pukul 08:15 pagi pesawat B-29 tersebut telah menjatuh bom atom yang pertama di dalam sejarah peperangan. Dengan kekuatan kira-kira bersamaan 12,500 tan TNT menyebabkan kematian kepada kira-kira 140,000 penduduk Hiroshima.

Bom tersebut telah digugurkan dengan menggunakan payung terjun dan meletup 580m (1,900 kaki) di atas paras bumi. Antara 60,000 dan 80,000 orang telah terbunuh serta-merta. Haba daripada bom tersebut begitu kuat hinggakan sesetengah mangsa hilang sekelip mata dalam letupan itu dan yang lain hangus kehitaman seperti arang. Namun begitu ramai lagi yang mati akibat kesan jangka panjang penyakit radiasi. Angka kematian terakhir adalah kira pada 140,000. Antara mereka yang menjadi korban termasuklah rakyat Korea yang telah dipaksa untuk datang ke Jepun sebagai buruh, dan rakyat Amerika yang menjadi banduan perang yang telah dipenjarakan di Hiroshima.

Letupan daripada bom tersebut memusnahkan lebih daripada sepuluh kilometer persegi (enam batu persegi) bandar. Dan haba panas dari letupan kemudiannya menyebabkan kebakaran di serata tempat , hinggakan kebakaran terus berlarutan selama tiga hari, Selain dari kematian beribu-ribu orang telah kehilangan tempat tinggal akibatnya mereka terpaksa melarikan diri ke tempat yang lebih selamat.

Hiroshima telah menjadi sasaran kerana ia tidak pernah dibom atau diserang oleh tentera Amerika, oleh itu ia dianggap sebagai tempat yang paling sesuai untuk menguji kesan bom atom. Ia juga merupakan pangkalan tentera yang penting. Tambahan pula Tentera Perikatan takut bahawa sebarang cubaan konvensional untuk menyerang lokasi tersebut akan mengakibatkan kecederaan yang besar pada pihak mereka, Oleh itu bom tersebut dilihat sebagai satu cara yang cepat atau jalan singkat untuk menewaskan Jepun di samping itu, ada juga yang berpendapat itulah satu cara menunjukkan keunggulan tentera Amerika kepada Kesatuan Soviet.

Pada pagi 9 Ogos, Amerika sekali lagi menjatuhkan bom atom yang kedua. Bom atom yang digelar sebagai “Fat Man,” tersebut adalah lebih besar dari bom atom yang pertama iaitu ‘Little Boy” Sasaran asal adalah Kokura, namun begitu hasrat tersebut di batalkan akibat masalah cuaca kabus yang tebal. Sebagai alternatif bom tersebut telah digugurkan di Nagasaki berdekatan dengan sebuah pelabuhan yang penting. Kira-kira 40,000 orang terbunuh serta-merta dan satu pertiga daripada bandar telah dimusnahkan. Angka kematian akhir dikira sekurang-kurangnya 80,000 orang.

Walaupun “Fat Man” adalah lebih berkuasa dari “Little Boy” ia menyebabkan kurang kematian ini adalah kerana Bom tersebut sedikit tersasar dari sasarannya. Jika dikira nisbah kematian pula, setiap 6 kematian hanya melibatkan seorang tentera dan selebihnya adalah orang awam.

Leave a Reply