Antara kita, mungkin sudah ada yang mendengar tentang Projek Manhattan, namun masih banyak fakta dan kisah-kisah yang kurang diketahui mengenai projek bersejarah ini. Projek Manhattan merupakan sebuah operasi rahsia yang teliti dalam menyimpan data-datanya, dan merupakan titik permulaan era senjata nuklear. Jepun telah menjadi sasaran pertama hasil dari projek ini. Hiroshima dan Nagasaki dibom, mengakibatkan ratusan ribu nyawa melayang dalam sekelip mata akibat keganasan bom atom.
Pada 2 Ogos 1939, ahli fizik ternama iaitu Albert Einstein seorang ahli fizik kelahiran Jerman yang terkenal dengan Teori relativiti telah menandatangani seutus surat yang ditulis oleh Leo Szilard lalu diterima oleh Presiden Franklin D. Roosevelt pada 11 Oktober 1939 tentang kemungkinan tindak balas pembelahan nuklear dalam jisim besar uranium.
Surat itu menceritakan satu lapangan fizik baru yang menunjukkan bahawa unsur uranium dapat mengalami pembelahan nuclear (nuclear fission), dengan keluaran tenaga yang banyak. Einstein menggambarkan kebarangkalian reaksi nuklear yang boleh dihasilkan dan kemungkinan terhasilnya bom yang sangat kuat.
Beliau menggambarkan kemungkinan bom tersebut dapat dihantar melalui kapal, walaupun dia ragu-ragu bahawa senjata tersebut dapat dilancarkan melalui udara. Dia juga mencatat kemungkinan bahawa Jerman akan meneruskan penyelidikan yang sama. Dengan itu Jerman telah menggantung eksport uranium dari lombong-lombong di wilayah mereka yang baru mereka perolehi. Namun begitu Albert Einstein tidak pernah terlibat dengan apa-apa berkaitan Projek Manhattan tersebut.
Roosevelt mengambil amaran tersebut dengan serius, dan dalam tempoh sebulan telah menganjurkan jawatankuasa penyelidikan. Amerika Syarikat memperkenalkan program nuklearnya sendiri di bawah Army Corps of Engineers pada bulan Jun 1942. Amerika Syarikat perlu membina senjata atom sebelum Jerman atau Jepun lakukannya terlebih dahulu.
Pada 12 Mei 1942, Presiden Roosevelt menandatangani perintah membuat projek rahsia untuk membangunkan senjata nuklear. Program yang membangunkan bom atom untuk Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II merupakan projek rahsia terbesar yang pernah dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat.
Projek itu pada asalnya dinamakan ” Development of Substitute Materials” tetapi ada kebimbangan bahawa nama itu terlalu jelas mencetuskan maksud sebenarnya lalu ia dinamakan semula sebagai Manhattan Engineering District, yang kemudiannya dikenali sebagai Projek Manhattan.
Robert Oppenheimer dilantik sebagai pengarah saintifik. Kerajaan dengan rahsia telah membeli tanah di Tennessee bagi membina sebuah kota “rahsia” yang berfungsi untuk menempatkan 3,000 pekerja pertama. Ia dipanggil Oak Ridge dan kini ia telah menjadi sebuah pusat tarikan pelancong.
Para pekerja diarahkan untuk tidak bercakap tentang pekerjaan mereka, pihak berkuasa mengancam untuk menghukum sesiapa yang mendedahkan rahsia tersebut. Mereka bekerja di dalam keadaan rahsia. Secara keseluruhannya, kos projek hampir AS $ 2 bilion dan ia menggunakan sekurang-kurangnya 130,000 orang sebagai tenaga pekerja.
Pencarian tapak ujian yang sesuai bermula pada Mei 1944. Tapak tersebut perlu agak rata, terpencil dari kawasan penduduk, dan berdekatan dengan Los Alamos. Kemudiannya satu bahagian tanah berhampiran Alamogordo, di selatan-tengah New Mexico dipilih dan dengan kod Trinity.
Para saintis telah bekerja di Los Alamos Lab di New Mexico, dan tapak ujian berada di padang pasir Jornada del Muerto, tetapi projek itu dijalankan di banyak tapak di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada. Los Alamos adalah tempat rahsia, tempat yang sangat tidak terperinci, tersembunyi di sebalik lapisan pembohongan. Nama itu sendiri sangat diklasifikasikan dan tidak dapat dijumpai di peta biasa.
Para saintis Los Alamos membuat kajian pada dua jenis logam, dan akhirnya terciptalah “Little boy” iaitu bom yang diperbuat dari uranium-235, yang telah meletupkan Hiroshima, mengakibatkan kehilangan 265,000 nyawa. Yang kedua pula adalah “Fat Man”, diperbuat daripada plutonium berjisim 14 paun, jauh lebih berkuasa daripada “Little Boy.” Diletupkan ke atas Nagasaki, telah meragut lebih daripada 40,000 nyawa, Namun begitu tahap radiasi yang tinggi di kedua-dua bandar mengakibatkan ratusan ribu lagi mangsa tekorban.
Sebenarnya Projek Manhattan telah menghasilkan tiga buah bom iaitu pertama dikenali sebagai “Gadget” dan digunakan sebagai model ujian. Oleh kerana perbelanjaan yang besar dan kadar pengeluaran yang perlahan untuk bahan peledak, tiada ujian lanjut dijalankan. Bom kedua, yang dikenali sebagai “Little Boy” diletupkan di bandar Hiroshima, dan bom terakhir, “Fat Man” diletupkan di bandar Nagasaki.
Disebalik kejayaan tersebut terdapat 2 orang saintis tekorban iaitu, Harry Daghlian dan Louis Slotin akibat keracunan radiasi dari teras bom plutonium yang mereka bina dipanggil “demon core” dan kemudian digunakan dalam ujian letupan.
Apabila bom sudah siap, kebanyakan saintis terlibat memikirkan bahawa mereka hanya bertujuan untuk menunjukkan kekuatan Amerika dan untuk menakutkan Jepun bagi menyerahkan diri. Mereka tidak melihat bom sebagai senjata aktif. Malangnya, pendapat ini tidak dikongsi oleh Oppenheimer dan Groves, yang percaya bahawa bom itu harus digunakan untuk menimbulkan kerosakan maksimum supaya orang dapat melihat kuasa dan kesan senjata atom dan tidak mahu menggunakannya lagi.
Ramai saintis yang menghasilkan bom atom tersebut menentang penggunaannya dan berhujah bahawa bom itu tidak seharusnya digunakan dengan alasan etika. Mereka juga memberi amaran tentang perlumbaan senjata yang akan berkembang pada akhir perang. Walau bagaimanapun, saintis lain berpendapat bahawa Amerika Syarikat tidak menyerang Jepun, tetapi mempertahankan dirinya dari negara yang menyerang Amerika Syarikat terlebih dahulu.