Skip to main content

Bayangkan anda berada di tingkat atas sebuah hotel bangunan tinggi dan tercetus kebakaran. Malangnya, anda terperangkap di dalam bilik kerana asap dan api di luar bilik, dan seperti kebanyakan hotel, tingkap tidak boleh dibuka. Asap mula mengisi bilik, dan anda cepat kehabisan udara untuk bernafas. Apa yang perlu anda lakukan?

Pada tahun 1981, penemu William O. Holmes mencipta idea ini setelah beberapa kebakaran berlaku di hotel tinggi. Alat yang dibuat oleh Holmes berbentuk tiub yang boleh dimasukkan ke dalam mangkuk tandas. Tiub ini akan melalui perangkap air dan mencapai udara di bahagian dalamnya, yang datang dari paip saluran pembetung. Pada pandangan pertama, idea ini mungkin kelihatan pelik, malah agak menggelikan, kerana melibatkan pengambilan udara dari sistem kumbahan. Namun, dalam situasi hidup dan mati, ia merupakan sumber udara yang lebih baik berbanding asap dari kebakaran bagi mereka yang terperangkap sehingga pasukan bomba tiba.

Penting untuk diingat bahawa semasa menggunakan alat ini untuk bernafas, anda janganlah pula lupa untuk berhenti seketika untuk menjerit meminta pertolongan jika tidak siapa pun tidak tahu anda masih berada di situ. Mudahkan? Ciptaan ini juga telah berjaya dipatenkan di USA pada tahun 1982 jadi, jangan nak mengada-ngada nak copy.

Leave a Reply